Tuesday, 12 May 2015

NASI GORENG WARNA MERAH. NYUMMYYYYY!!


Jika nasi kerabu berwarna biru, maka anda jangan terkejut jika jumpa nasi colour merah. Jadi, inilah dia, Nasi Goreng Daddy's Corner yang terletak kat kuantan. tapi aku sendiri tak ingat jalan mana. Haha. maaf sebab tak alert. Ianya sangat berbaloi apabila anda lapar untuk makan disitu, kerana nasinya banyak, ada 5 ekor udang, ada telur mata dan ada 2 nugget.

Walaupun pada mulanya aku amat terkejut tentang warna die, tapi setelah makan, ianya membuang rasa terkejut aku sebab rasanya tidaklah terlalu aneh. ianya dihidangkan sekali dengan sup kosong yang sedap rasanya. Jika kita makan dekat kebanyakan restoran, sup die hanyalah sup rebusan daging sahaja kan? *dan mesti kita akan tolak tepi je sup tu* tapi kalau kat Daddy's Corner, sup die ada rasa masam2 sedap.

Jadi kepada sesiapa yang suka untuk mencuba sesuatu yang baru, Mai lah p kat kedai tu. *search je kat google lokasinya* Try! Cuba! dan Rasainyaaaaa lahh sendiri! :)

No comments:

Post a Comment